Monday 13 April 2009

logo sekolah


SEJARAH SMK. DATO' ALI HAJI AHMAD

Sekolah Dato’ Ali Haji Ahmad terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Bandar Pontian. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1969 dengan Guru Besarnya Allahyarham Tuan Sheikh Jaafar Ahmad. Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Inggeris, Pontian yang pada masa itu terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Dato’ Penggawa Barat sehingga tahun 1973.
Pada tahun 1974, sekolah ini telah berpindah ke bangunannya sendiri yang mempunyai keluasan 420,840 kaki persegi. Pada awalnya sekolah ini mempunyai tiga blok sahaja dan pelajar-pelajarnya terdiri dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Tiga. Namun begitu sekolah ini mempunyai dua sesi, pagi dan petang. Setelah Sheikh Jaafar meninggal dunia tempatnya telah diambil alih oleh Encik Ang Tang Ching yang berkhidmat sehingga 28 Februari 1975 sebagai Pemangku Guru Besar.
Nama sekolah ini diberi nama Sekolah Dato’ Ali Haji Ahmad pada tahun 1981 sebagai mengenang jasa Allahyarham bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia Yang Berhormat Dato’ Ali Haji Ahmad. Beliau telah terlibat dalam nahas kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor. Perubahan nama sekolah ini telah dibuat ketika Tuan Haji Moktaram bin Rabidin menjadi Pengetua. Beliau bersara awal untuk bertanding dalam Pilihanraya tahun 1982. Tempatnya telah diganti oleh En. Joseph Santiago yang memulakan perkhidmatannya pada 7 April 1982 sehingga 31 Oktober 1982.
Menjelang tahun 1983, sekolah ini mempunyai tujuh blok, termasuk yang terbahru bangunan tiga tingkat yang telah dibina semasa Pengetua En. Mustafa bin Mastam. Beliau mula berkhidmat di sekolah inipada 1 November 1982 hingga 15 Januari 1992. Lima blok digunakan sebagai bilik darjah, pejabat dan bilik guru. Sebuah blok dikhaskan untuk bengkel Seni Perusahaan dan sebuah blok untuk kantin.
Setelah itu Tuan Haji Fadzil bin Satiman memulakan perkhidmatan sebagai Pengetua Sekolah Dato’ Ali Haji Ahmad pada 16 Januari 1992 sehingga 15 November 1995. Beliau seterusnya telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di Pejabat Daerah Pontian.
Sekolah Dato’ Ali Haji Ahmad mula membuka tingkatan empat pada sesi persekolahan 1992/1993 dengan permulaan empat buah kelas. Pada sesi persekolahan 1994/1995, satu kelas aliran sains telah dibuka bagi pelajar tingkatan empat. Pada tahun 1994, buat pertama kalinya pelajar-pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini juga telah dibina 1 blok baru berhampiran padang digunakan sebagai bilik darjah dan pusat sumber.
Mulai 16 November 1995, En. Hamid bin Ahmad telah memulakan perkhidmatan sebagai Pengetua yang baru. En. Ahmad bin Talib telah dilantik sebagai GPK 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula ialah Pn. Nona Asiah binti Hj. Daud, Penyelaras Kokurikulum ialah Pn. Esah binti Aspari dan Penyelia Petang , En. Hamid bin Selamat.
Bermula sesi persekolahan 1995/1996, sekolah ini dijalankan dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi dengan siapnya bangunan baru dua tingkat yang mula dibina pada tahun 1994. Bangunan ini mempunyai enam bilik darjah, sebuah bilik computer, perpustakaan dan bilik air. Menjelang tahun 1997, kembali kepada dua sesi dengan 60 ornag guru dan 12 kakitangan bukan guru. Jumlah murid seramai 1285 orang dan diagihkan kepada 36 kelas.
Pada tahun 1998, pihak sekolah telah berusaha mewujudkan 2 kelas aliran sains untuk tingkatan 4. Jumlah kelas bertambah kepada 44 kelas dengan menampung jumlah pelajar seramai 1687 orang dan jumlah guru pula seramai 75 orang. Di samping itu, pihak sekolah juga telah mewujudkan Bilik Khas Unit Penilaian dan Peperiksaan serta Bilik Gimnasium Mini untuk pembangunan sukan sekolah.
Setelah En. Hamid Ahmad menamatkan perkhidmatannya pada 20 Disember 1999, SMK DAHA telah diterajui oleh seorang pengetua baru, Pn. Habsah Ibrahim.
Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini telah mengalami pertabahan pelajar secara mendadak iaitu menjangkau 2100 orang pelajar, ini menjadikan SDAHA sebagai sekolah menengah terbesar di daerah Pontian. Sebanyak 60 buah kelas telah diwujudkan dan keperluan tenaga pengajar juga telah meningkat menjadi seramai 109 orang.
Menjelang Jun 2001, Pn. Hjh. Habsah binti Ibrahim telah berpindah dan memulakan tugas baru di SMK. Sri Kukup, Pontian. Sementara SMK. DAHA pula telah menerima kedatangan pengetua baru, iaitu En. Ng Sung Chiang yang sebelum ini bertugas di SMK. Sri Perhentian. Walaupun beliau hanya hadir pada pertengahan tahun 2001 namun beliau berjaya membaca keadaan dan budaya sekolah ini. Sikap kebapaan dan prihatin beliau telah mula menampakkan bibit-bibit menambahbaik yang ada dan mengatasi kelemahan-kelamahan yang wujud di SMK DAHA. Dengan memperkenalkan motto ”Utamakan Imej Diri dan Sekolah”. Setelah hampir 8 tahun menaburkan khidmat, tibalah giliran En. Ng Sung Chiang bersara dari tugasnya sebagai Pengetua di SMK. Dato’ Ali Haji Ahmad pada 20 April 2008.
Penghujung tahun 2008, SMK. Dato’ Ali Haji Ahmad menerima pengetua baru iaitu En. Mohd. Zini bin Abdul Fatah yang telah berpindah dari SMK. Ayer Baloi.

TAKWIM KRK SMKDAHA TAHUN 2009


JAWATANKUASA KECEMERLANGAN KRK

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN KRK 2009

Pengerusi : Tn. Hj. Mohd. Zini b. Abdul FAtah
Naib Pengerusi : En. Mohamed Zaini b. Ali
Penyelaras : Pn. Suzana bt. Md Yusof
Setiausaha 1 : Pn. Murshidah Zakiah bt. Sarwani
Setiausaha 2 : Pn. Mazliza bt. Aziz

Ahli Jawatankuasa:

Semua GKMP
Semua Kaunselor
Penyelaras Tingkatan 1: Pn. Masrulhuda bt Muhammad
Penyelaras Tingkatan 2: Pn.Nor Azwa bt. Masiran
Penyelaras Tingkatan 3: Pn. Yeo Say Lee
Penyelaras Tingkatan 4: Cik Hanim bt. Mohamed
Penyelaras Tingkatan 5: Cik Tan Seu Lee
Semua guru mata pelajaran kelas KRK
Setiausaha peperiksaan

OBJEKTIF

OBJEKTIF
· Peratus kelulusan PMR 2009 100%
· 30% pelajar mendapat ‘perfect score’ dan tiada yang mendapat bawah 5A
· Pencapaian GPS 1.8
· Pelajar-pelajar KRK berketrampilan, bermotivasi tinggi, dan berdaya saing secara holistik
· Pelajar-pelajar KRK mampu menghadapi cabaran globalisasi
· Pelajar-pelajar KRK memiliki perasaan bangga dan cinta akan sekolah, warga pendidik, ibu bapa dan Negara.

PENDAHULUAN

Selaras dengan arus perkembangan sistem pendidikan global ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang, maka warga SMK. DATO’ ALI HAJI AHMAD berusaha memperkembangkan potensi diri pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) dalam semua aspek JERIS dari segi akademik dan kokurikulum.

Sehubungan itu, program dan aktiviti yang dirancang diharap dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai visi dan misi iaitu melahirkan pelajar yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan imej sekolah.

VISI DAN MISI SMKDAHA

VISI SDAHA

SMK. DATO’ ALI HAJI AHMAD CEMERLANG TAHUN 2010



MISI SDAHA

SMK. DATO’ ALI HAJI AHMAD berusaha memperkembangkan potensi setiap pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan melahirkan insan beriman, berdisiplin, berketrampilan dan berakhlak mulia.

Warga SMK. DATO’ ALI HAJI AHMAD akan berusaha:
· Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
· Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
· Memupuk sahsiah dan nilai murni dalam jiwa pelajar
· Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang tulus dan telus
· Mewujudkan persekitaran yang kondusif

KRK SMK DATO' ALI HAJI AHMAD






















KELAS RANCANGAN KHAS
LATAR BELAKANG



Kelas Rancangan Khas (KRK) bermula pada awalnya sebagai satu alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana bilangan tempat di SBP amat terhad. Keutamaan diberikan kepada murid-murid luar Bandar yang serba-serbi kekurangan. Murid-murid ini ditempatkan di asrama sekolah-sekolah yang menawarkan KRK.